Wednesday, July 3, 2013

GEGARAN GEMPA DIRASAI DI PULAU PINANG, KEDAH, PERAK, SELANGOR DAN MELAKA



KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Gegaran dirasai di Pulau Pinang, Kedah,
Perak, Selangor dan Melaka berikutan satu gempa bumi bermagnitud 6.1 pada skala
Richter di Sumatera Utara, Indonesia pada 3.37 petang ini.
Jabatan Meterologi dalam satu kenyataan berkata gempa itu berpusat di 65km
Barat Daya dari Lhokseumawe, Indonesia dan 385km Barat Daya dari Balik Pulau,
Pulau Pinang.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikesan.
-- LAGI
GEMPA-LHOKSEUMAWE 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Di Pulau Pinang, lebih 100 orang yang berada di Kompleks Tun Abdul Razak
(Komtar) keluar dari bangunan itu setelah merasai gegaran bangunan setinggi 65
tingkat itu.
Seorang saksi, Nurul Amarlina Mohamad Adam Yap, 25, berkata beliau terasa
pening selama beberapa minit dan tidak menyangka ia adalah kerana gegaran bumi.
"Saya ingat saya yang pening, kemudiannya ramai yang terasa juga dan baru
kami sedar berlaku gempa bumi," katanya di sini.
Sementara itu, jurucakap Balai Bomba Jalan Perak ketika dihubungi berkata
pihaknya menerima banyak panggilan mengenai gegaran itu dan mengesahkan ianya
adalah akibat gempa bumi di Sumatera Utara.
"Bagaimanapun tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan
setakat ini bomba tidak menerima sebarang panggilan kecemasan," kata beliau.
-- BERNAMA

Selebriti terkenal hasil video seks

27 Jun – Aktres Megan Fox mula menjadi terkenal selepas kejayaan filem "Transformer" yang telah berjaya melonjak namanya sebagai salah seorang pelakon hebat, namun tidak semua selebriti menjadi popular dengan bakat lakonan mereka seperti Megan Fox mahu pun Jessica Alba atau Angelina Jolie, tetapi mereka mula dikenali dan menjadi sebutan ramai selepas video seks mereka tersebar.
Skandal video seks yang menerpa diri selebiriti nyata tidak menjatuhkan populariti, malah mereka ini menjadi lebih terkenal. Mereka ini adalah:

Pamela AndersonBintang siri televisyen popular "Baywatch" ini mula mendapat perhatian ramai setelah video seksnya dengan pasangannya mula tersebar. Bahkan ia bukan sekali terjadi. Pertama kali, video seksnya dengan suaminya, Tommy Lee tersebar pada tahun 1998, dan model kulit depan majalah Playboy ini sekali lagi menggemparkan dunia Hollywood pada tahun 2005 apabila video seksnya dengan vokalis kumpulan Poison, Bret Michaels tersebar.

Little Kid With Awesome Nunchuck Skills!


hebat x budak ni..? lebih kurang la...

Benjy tak mengaku salah miliki Syabu



2 Jul- Pelakon Khaeryll Benjamin atau lebih dikenali Benjy, 32, mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu seberat 4.7 gram sewaktu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang hari ini.
Selain Benjy, lima rakan yang lain termasuk dua wanita yang ditahan atas tuduhan sama iaitu Zain Amir Zainal Khairi, 37, Imran Radzi Ibrahim, 32, Asmanizam Mohamed Akhir, 32, Norazila Arzami, 27 dan Afifi Hamidi, 27, juga tidak mengaku salah kecuali Zain Amir.

Lelaki Terapung

lelaki terapung dengan bantuan kayu.. mesti dah lama training.. 


Fida Ibrahim & Arja Lee masuk AF?



Nampaknya bukan mereka dari kalangan bakat baru sahaja ingin mencuba nasib bersaing dalam musim terbaru Akademi Fantasia 2013 ini, selebriti juga mahu menunjukkan bakat yang mereka ada untuk turut serta.
Antara nama yang menjadi perhatian kerana berjaya di’senarai pendek untuk menjadi peserta adalah pelakon Arja Lee dan penyanyi, pelakon Fida Ibrahim yang masing masing sudah pun mencipta nama sendiri.
Arja Lee mengakui beliau masih mempunyai minat yang tinggi untuk bergelar penyanyi dan kerana itulah beliau sanggup luangkan masa untuk menghadiri ujibakat Akademi Fantasia 2013 baru baru ini.
“Saya kira bagi sesiapa yang mengenali saya waktu saya mula-mula berkecimpung di dalam bidang ini dulu, cita-cita saya yang sebenarnya adalah untuk menjadi penyanyi”
“Namun, minat dan keinginan untuk menyanyi masih membara dan ramai yang mungkin tidak tahu bahawa jika ada kelapangan saya akan menyanyi di beberapa majlis,” ujar Arja Lee kepada Murai baru baru ini.
Dalam kes Fida Ibrahim pula, salah seorang juri Akademi Fantasia 2013 Syafizawati Sharif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafi kurang bersetuju dengan penglibatan selebriti itu kerana seharusnya beliau memberi peluang kepada mereka yang masih belum ada nama.
“Saya bukan tidak menyukainya tetapi saya rasa dia boleh dapat peluang yang lebih besar di luar kerana dia sudah pun bergelar artis iaitu penyanyi dan pelakon. Lagipun pada saya vokalnya biasa sahaja,” ujar Cikgu Syafi.
sumber dari RotiKaya.com

antara sebab Natasha Hudson tukar nama anak



1 Jul- Model dan pelakon jelita, Natasha Hudson telah menukar nama puteri keduanya dari Naeema Taqiyyah kepada Naeema Kalila.
Sebelum ini, Natasha dan suaminya Carleed Khaza ingin menamakan anak mereka dengan nama Naeema Taqiyyah kerana ia memberi maksud memudahkan, keberkatan, ketenangan, soleh serta bertakwa.
Namun, setelah mengetahui 'Taqiyyah' mempunyai makna yang kurang elok serta melibatkan pengikut ajaran Syiah, dia mengambil keputusan menamakan bayi comelnya itu kepada Naeema Kalila.